Thursday, February 5, 2009

Laman Utama

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Diharapkan anda sentiasa ceria dan bersemangat dalam kehidupan disamping menitikberatkan kesihatan anugerah Tuhan. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan selain terima kasih yang tak terhingga buat anda kerana melayari laman ini. Laman web ini bertujuan untuk berkongsi tentang produk-produk herba tradisional yangmana saya cari dan kumpul dari serata tempat.

Bagi saya produk-produk herba tradisional lebih ada UUMPHH!! Mungkin ia kerana resepi adunan herba tradisional ini adalah dibuat secara warisan zaman-berzaman dan proses pembuatannya diadun dengan DOA-DOA tertentu dan setiap proses dimulakan dengan BISMILLAH . Produk-produk herba ini adalah terjamin 100% KEASLIANnya, tanpa sebarang campuran bahan-bahan kimia atau pengawet yang memudaratkan. Ianya telah lama digunakan dari zaman nenek-moyang, turun-temurun dan sangat BERKESAN!
Akhir kata, bersamalah kita manfaatkan portal ini. Sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengguna produk atas sokongan anda selama ini. Insya'Allah, bertemu kita di lembaran akan datang.



Warisan Asal Yang Mustajab



Mohd Faiz

Keajaiban Herba

Keajaiban Herba
Masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan yang begitu rapat sekali dengan hutan. Bahkan sehingga kini, cara atau budaya hidup mereka ada yang misteri dan asing bagi kita warga moden. Usaha tanpa jemu mengenal pasti dan menyelidik hasil tumbuhan hutan untuk tujuan perubatan telah lama dijalankan oleh badan kerajaan dan institusi bebas. Namun pakar kajiselidik sendiri mengesahkan terdapat ratusan ribu spesies tumbuhan yang masih belum diuji secara saintifik akan potensi nilai perubatannya. Bahkan mengakui yang sebahagian besar daripada jumlah tersebut merupakan spesies baru yang belum pernah ditemui.
Seorang Tok Batin atau ketua suku kaum Orang Asli, mungkin tiada diploma atau ijazah. Tetapi dialah orang yang paling arif dengan rahsia rimba bercerita wujudnya musim-musim tertentu di hutan seperti musim bunga, musim luruh, musim buah dengan pelbagai pantang larang dan kepercayaannya. Ini membuktikan betapa pengawal pengubatan kuno ini mengetahui akan jadual bila untuk mengutip hasil tumbuhan seperti bunga Pakma dan bunga Nenas Batu yang mempunyai tempoh masa tersendiri untuk berbunga, bercambah, berbuah dan sebagainya. Namun dalam masa yang sama mengamalkan suatu sistem yang memelihara kesinambungan kewujudan pokok tersebut. Herba atau buah yang menjadi racun bagi kita namun bagi Orang Asli merupakan satu sajian istimewa dan berkhasiat. Sesuatu yang tidak berguna bagi pandangan kita orang kota seperti pokok lalang, rupa-rupanya bagi Orang Asli, akarnya yang muda apabila direbus dan diminum, mampu mengubati masalah panas badan.

Masyarakat Orang Asli pada umumnya telah menemui suatu sistem perkongsian hidup yang begitu unik antara alam dan manusia. Mereka percaya setiap satu tumbuhan baik besar mahu pun kecil, ada fungsi dan kegunaannya tersendiri. Mereka mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Malahan seorang pengkaji mengakui untuk penyakit sakit perut sahaja jumlah tumbuhan herba yang berjaya dikatalogkan telah melebihi 300 jenis. Jumlah ini pula makin bertambah apabila banyak kajian dijalankan. Bayangkanlah kemungkinan betapa banyaknya tumbuhan yang berpotensi bagi mengubati sesuatu jenis penyakit tersebut. Besar kemungkinan juga ubatan ini lebih baik dari ubatan moden yang sedia ada.

Khabarnya, Orang Asli tidak memerlukan vaksin untuk menawar bisa patukan ular. Ini adalah kerana mereka mengetahui bukan satu tetapi berpuluh cara merawatnya. Askar-askar British yang berkhidmat ketika darurat suatu masa dahulu, juga mengagumi Orang Asli yang cuma bercawat tidak berbaju atau berseluar, seakan-akan kebal terhadap ancaman malaria yang digeruni ketika itu.

Para pengkaji juga melahirkan kemusykilan berkenaan penyakit barah yang sangat jarang dilaporkan berlaku dikalangan masyarakat Orang Asli. Adakah disebabkan mereka sendiri merahsiakannya atau sememangnya mereka telah membina satu daya tahan melalui amalan pemakanan suatu herba perubatan yang diambil dari hutan. Persoalan timbul berkenaan segelintir Orang Asli yang biasa tidak berbaju, jarang mandi, tidak berkasut, dan tiada amalan kebersihan; tidakkah mereka diancam penyakit kulit seperti kurap, kayap, bisul atau setidak-tidaknya masalah cacing dan kutu? Mungkinkah mereka cepat dan mudah mencari penawar yang mujarab? Penyakit-penyakit ‘normal’ orang kota seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi, bagaikan begitu asing bagi mereka. Malahan tanpa melalui pembedahan, khabarnya, ramai penghidap penyakit seperti buasir dan resdung mampu disembuhkan dengan amalan petua yang diturunkan oleh masyarakat Orang Asli.

Tidak dapat dinafikan, kemajuan sains membuatkan kita terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan dan dadah. Contoh, menggunakan bius sewaktu dibedah… Herba tidak boleh menggantikan fungsi bius tetapi pemakanan Herba sedari awal mungkin boleh mengelakkan seseorang dari dibedah.

Dewasa ini terdapat beribu-ribu penyakit kronik di negara kita. Bahkan penyakit-penyakit seperti erti azheimer, kanser dan Aids, diakui seluruh dunia moden sebagai tiada penawar. Mungkinkah masyarakat Orang Asli yang hidup aman dikelilingi kehijauan hutan belantara dapat membantu dalam usaha menemukan kembali sinar harapan bagi pesakit-pesakit kronik ini. Rasanya telah tiba waktu dan ketikanya kita kembali menghargai dan memajukan sumber tempatan anugerah Tuhan yang maha kaya ini. Tidak mustahil menanti jauh terpelosok di sana, di dalam rimba kita wujud suatu penawar yang bukan hanya sekadar ubat pelambat kesan penyakit atau cuma sebagai penahan sakit. Inilah harapan dan doa ribuan pesakit kronik juga ahli keluarga mereka dalam pasrah menghitung hari menunggu ajal datang menjemput kembali orang yang disayangi.

Herba dan Akar Kayu sangat istimewa, telah menjadi amalan turun-temurun semenjak zaman berzaman untuk kesihatan dan kecantikan. Lihatlah kecantikkan wanita ‘Malaya’dulu-dulu yang mengamalkan jamu, makjun, ubat periuk tanak akar kayu…. Saiz 36-24-36! Wanita-wanita Malaya itu, adalah ibu dan nenek-moyang kita sendiri..

Lihat juga ‘KEKUATAN DAN KEHEBATAN’ lelaki Malaya, mengamalkan Herba sebagai rutin hidup, tak boleh ditandingi… Hebat dari segi bekerja,beramal, berkeluarga ( anak sampai berdozen, ‘mudah’ aje… )
Herba Tradisional ada dalam pelbagai bentuk, cecair, serbuk dan ada yang dikapsulkan. Cara pemprosesan adalah secara semulajadi. Biasanya herba-herba ini di keringkan, dijemur dan diracik halus. Ianya ditumbuk, dijemur semula sebagai serbuk dan kapsul. Bagi bentuk cecair, contoh Akar Kayu yang ditanak, campuran ini biasanya dimasak selama berjam-jam dan ada kalanya berhari-hari hingga dapat patinya.

Herba baik dijadikan sebagai amalan kerana ianya dapat membantu mencegah penyakit lebih awal, memberikan tenaga luaran dan dalaman, merawat kekurangan zat, meningkatkan daya tahan tubuh dan AWET MUDA.

Wednesday, February 4, 2009

Kopi Hutan

KOPI HUTAN
Minuman Harian Yang Berkhasiat

Tempoh Berkesan

KENCING MANIS - 7 Hari
DARAH TINGGI - 5 Hari

BATU KARANG - 3 hari
MIGRAIN - 3 Hari

BUASIR - 5 Hari
GHOUT - 3 Hari
ASMA - 3 Hari

SUKAR HAMIL - 2 Bulan
KURUSKAN BADAN - 3 Bulan


Minuman Harian Yang Bertenaga...
Menjadikan badan berpeluh, memudahkan pembuangan najis besar
dan kencing yang lancar. Pelbagai kekotoran di dalam tubuh dapat
dikeluarkanmelalui pelbagai saluran tubuh yang sedia ada.
Kemungkinan 70 penyakit dapat dipulihkan termasuk yang kronik
InsyaAllah!!!

DOS PENGAMBILAN 1 sudu teh(5 ml) + 1 cawan air(2 kali sehari)





  • Boleh dicampur pelbagai minuman. Untuk yang bermasalah pembuangan najis besar, minum dengan minuman tin seperti sarsi, orange, apple dan anggur



  • DILARANG minum melebihi 4 cawan sehari kerana kemungkinan glukos /kolestrol akan dibuang dengan berlebihan. Tidak dibenarkan ber PANTANG dalam MAKAN / MINUM selepas 10 hari mengamalkannya



  • *Wanita hamil DILARANG minum, kerana KOPI HUTAN ini berkonsepkan CUCI. Ia akan membersihkan dan mengeluarkan segala kekotoran dan toksid didalam urat saraf dan semua anggota tubuh termasuklah rahim.



  • *Minum air suam dengan banyak untuk memudahkan toksid dalam badan dapat dibuang dengan lebih lancar.



  • Bagi Penghidap Diabetes ( paras gula 20 keatas), mulakan pengambilan dengan 1/2 sudu pagi dan petang. Kesan dapat dilihat selepas 3 minggu.



  • Bagi pengguna yang mengambil ubat-ubatan, sila minum KOPI HUTAN dahulu. Makan ubat 2 jam selepas itu. Boleh diminum dalam keadaan perut kosong kerana ianya tidak mempunyai sebarang campuran kimia.



  • Bagi penghidap Buasir, PANTANG makan rebung dan minum Nescafe sehingga sembuh.



  • Kanak-kanak yang menghidap asma, campurkan 1/6 sudu KOPI HUTAN ke dalam minuman kegemaran mereka, contohnya Ribena, Milo. InsyaAllah, akan sembuh!



Tindak balas di peringkat awal ( sekiranya ada) selepas
beberapa hari / kali meminum KH dan cara mengatasinya.



1) Pening / Loya
Toksid / kekotoran berlebihan di bahagian tengkok dan kepala serta usus perut. Banyakkan meminum air suam dan kurangkan dos pengambilan Teruskan meminum KOPI HUTAN sehingga masalah selesai.
2) Sakit Sendi / Berbisa Badan
Toksid di dalam sendi keluar dan diganti dengan pengaliran darah. Teruskan meminum KOPI HUTAN dan banyakkan minum air suam.
3) Gatal-gatal kulit/kemerahan
Kekotoran di dalam daging / tulang tidak dapat disalurkan ke usus kerana ianya terlalu banyak dan ianya keluar melaui liang roma kulit).
Kurangkan dos pengambilan untuk beberapa hari. Banyakkan minum air suam.
4) Muntah (Orang Lelah / Asma)
Kekotoran yang melekat pada paru-paru keluar (usus perut tidak dapat memproses disebabkan kepingan toksid menebal di paru-paru).
Minum seperti biasa.
5) Keluar darah pekat/Lendir busuk dari alat kelamin wanita
Kekotoran di dalam rahim seperti senggugut dan keputihan dicuci keluar.
Minum seperti biasa.
6) Keluar lendir dan kepingan berupa pasir/sampah dari kelopak mata
Glukos dan lendir dari saraf mata, otak dan kulit kepala berlebihan.
Minum seperti biasa.
7) Keluar benda tajam seperti tulang ikan/selumar kayu semasa buang najis besar
Benda-benda kotor yang menebal pada usus besar keluar kerana tidak dapat diproses usus.
Minum seperti biasa.
8) Kencing keluar cairan seperti dara dan lendir berpasir kekuningan
Terdapat batu karang pelbagai peringkat.
Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.
9) Sakit di sekeliling pinggang dan perut
Batu karang mulai pecah dan dalam proses keluar.
Tambahkan dos pengambilan dan banyakkan meminum air suam.



10) Kandungan gula bertambah di dalam darah dan air kencing.

Kandungan gula yang berada di bawah daging bersedia untuk dibuang melaui kencing dan peluh. Kandungan gula akan berkurangan selepas beberapa hari. pembuangan kencing/peluh . Minum seperti biasa atau tambah pengambilan sekiranya tidak pening.

11) Bengkak-bengkak sendi jari-jemari.
Asid uric pada sendi keluar dan akan dibuang dengan proses pengaliran darah di dalam tubuh.
Minum seperti biasa.
12) Buang air besar keluar minyak / bau berlebihan
Terlalu banyak kolestrol di dalam tubuh.
Minum seperti biasa.
13) Badan terasa letih /mengantuk
Toksid, kolestrol, glukos dan angin kotor terlalu banyak dicairkan.
Minum minuman manis. Jangan dikurangkan garam dalam makanan. Teruskan meminum KOPI HUTAN.
14)Sendawa berlebihan.
Angin kotor keluar kerana liang roma belum terangsang dan usus perut mula mengepam keluar kekotoran badan.
Minum seperti biasa







1) Bunga Pakma
2) Mengkudu
3) Halia Padi

4) Misai Kucing
5) Bedara Putih

6) Akar Sarang Semut
7) Ubi Jaga



HASIL KAJIAN MAKMAL :

INFO NUTRISI (Kuantiti Per 100 Gram)

Echerichia Coli - ( 0 )
Coaqulasae Pos St - ( 0 )
Salmonella - (Absent)
Tenaga (kj) - (396 kcal (1663 Kj )
Karbohidrat - (98.8 gm)
Protin - (0.3 gm)
Lemak - (0 gm)

Test Method Used

FDA-BAM 1995

THE OXOID MANUAL 6th edition 1990
AS 1766.2.2-1980
BIOCHEM LAB SDN BHD
LRN C 7038 -1/2007
C 7038 - 2007



Serbuk perang kekuningan

-Bila dikacau, ianya larut, walaupun
dibancuh dengan air sejuk

-Kombinasi rasa Pahit,
Kelat dan Manis

- Berat Kasar - 200 gm









































































































































Pembelian

CARA PEMBAYARAN
(Harga sudah termasuk harga pos)

Semenanjung Malaysia - RM36
Sarawak -
RM42
Sabah - RM42
Penghantaran menggunakan Poslaju

Klik di sini


PEMBAYARAN MELALUI BANK-IN ( MALAYSIA)


Klik di sini

Nama : Mohd Faiz Bin Alimon No. Akaun : 101133261368

Pastikan Anda SMS/email selepas membuat pembayaran

- Tarikh dan masa wang anda dimasukkan
- Jumlah : ( ? ) Botol
- Tujuan : Kopi Hutan
- Alamat waktu siang ( pejabat/rumah)
- No telefon untuk terima kurier

SMS : 019-7159414 Mohd Faiz Alimon

Email :
mfakh09@gmail.com

*Bagi mereka yang berada dalam kawasan Johor Bahru boleh mendapatkannya dengan cara Cash n Carry. Sila hubungi saya untuk membuat temujanji.

Tuesday, February 3, 2009

Info Kandungan

INFO HERBA

HERBA-HERBA DAN KEGUNAANNYA


1) Bunga Pakma

Nama botani : Rafflesia
Nama Lain : Bunga Manar
Lokasi dijumpai : Tumbuhan liar

Pengenalan
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Bunga Pakma adalah endemik, bermaknanya di dunia ni cuma ada di Thailand, Malaysia, Indonesia,dan fillipina sahaja. Bunga Pakma yg paling besar ialah R.arnoldii yg ada di sumatera dan jawa. yg paling kecil ialah R.manillana yg ada di fillipina.Di Semenenjung Malaysia, bunga pakma boleh didapati terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik.
Bunga Pakma ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis.
Khasiat dan kegunaan
Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin sepaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan awet muda. Bunga Pakma juga digunakan sebagai ubat perangsang , buasir, dan untuk serikan muka wanita.
Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut dan sebagai perangsang untuk wanita



2) Ubi Jaga

Nama botani: Smilax myosotiflora
Nama Lain: Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar tanding, Kerating, Itah, Ubi jaga, Ubi besi, Dedawai berisi, Sedawai, Caring, Ali bertinggung, Akar dedingin, Akar restong, Keleh, Manto, Maso
Famili: Smilacaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Pengenalan
Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang tumbuh liar di hutan Asia Tenggara. Mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat, berwarna hijau gelap.Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 2 hingga 15 cm.Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya.Kepanjangan antara 8 hingga 17sm dan lebar 2 hingga 15sm.Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. Urat daun yang tumpat dengan bahagian cabang urat yang tebal dengan petiol yang panjang 7 hingga 25mm. Tendrils 6-13 sm panjang, melentur, kadangkala berwarna keperangan. Bunga ( umbels and axillary together with tendrils,peduncles 1-4 cm long, pistilate umbels 8-14 flowered, staminate perianth yellow-green 3.5-4.2 mm long, 4-5 mm wide, connate, lobed to 2.5 from top; outer lobes oblong, 1.5 mm wide, inner lobe is half as long as the outer ones. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan dibawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Khasiat dan kegunaan
Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah daun, buah dan akar.komponen aktifStigmasterol, sitosterol, campesterol. Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum.Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah.



3) Halia
Nama Botani: Zingiber officinale Ross
Nama lain: Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)
Famili: Zingiberaceae

Pengenalan
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, makanan, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.
Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.



4) Misai Kucing
Nama botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Famili: Lamiaceae

Pengenalan
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula bergeriji. Tangkai daunnya yang pendek,lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m. Boleh ditanam melalui keratan batang.

Khasiat dan Kegunaan
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing.
Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.
Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.
Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.
Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil




5) Mengkudu
Nama botani: Morinda citrifolia Linn.
Nama lain: Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili: Rubiaceae

Pengenalan
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuh secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Khasiat dan Kegunaan
Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.
Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.



6) Bedara Putih
(Salah Satu spesies Tongkat Ali)
Nama botani: Eurycoma longifolia Jack
Nama lain: Penawar pahit, bedara pahit, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda,,muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili: Simaroubaceae

Pengenalan
Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain.
Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi 30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Khasiat dan Kegunaan
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar.
Bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh :

  • Meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
  • Memulihkan tenaga serta perangsang ereksi.
  • Melegakan penyakit di bahagian urat-saraf dan pinggang .


7) Sarang Semut
Nama botani: Hydnophytum Formicarum Jack
Nama lain: Raja Stong, Sarang Semut, ant plant(english), Banghai(filipina)
Famili: Rubiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Pengenalan
Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan epifit yang biasa dijumpai di kawasan hutan hujan tropika.Taburannya meliputi kawasan indo-cina, semenanjung malaysia, borneo, sumatera dan filipina.Keunikan tumbuhan ini ialah ada bahagian pangkal batangnya terdapat satu ketulan yang besar, menyerupai ubi dengan bahagian dalamnya yang lembut dan berongga yang selalu didiami oleh semut.Daunnya pula tersusun dalam bentuk berlawanan. Daunnya tebal dan panjangnya antara 4 hingga 10 cm.Ia berbentuk bulat dengan bahagian hujungnya yang agak runcing.Bunganya kecil dan berwarna putih pucat dengan panjangnya lebih kurang 6 mm.

Khasiat dan Kegunaan
Bahagian ubinya digunakan untuk mengubati masalah hati dan penghadaman. Dibelanda pula ubinya yang ditumbuk lumat dijadikan ubat untuk sakit kepala.Di Malaysia ,Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit barah (cancer).
Bonggol di pangkal yang berlubang seperti sarang semut juga diasah dan disedut hidung untuk merawat resdung.