Thursday, February 5, 2009

Keajaiban Herba

Keajaiban Herba
Masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan yang begitu rapat sekali dengan hutan. Bahkan sehingga kini, cara atau budaya hidup mereka ada yang misteri dan asing bagi kita warga moden. Usaha tanpa jemu mengenal pasti dan menyelidik hasil tumbuhan hutan untuk tujuan perubatan telah lama dijalankan oleh badan kerajaan dan institusi bebas. Namun pakar kajiselidik sendiri mengesahkan terdapat ratusan ribu spesies tumbuhan yang masih belum diuji secara saintifik akan potensi nilai perubatannya. Bahkan mengakui yang sebahagian besar daripada jumlah tersebut merupakan spesies baru yang belum pernah ditemui.
Seorang Tok Batin atau ketua suku kaum Orang Asli, mungkin tiada diploma atau ijazah. Tetapi dialah orang yang paling arif dengan rahsia rimba bercerita wujudnya musim-musim tertentu di hutan seperti musim bunga, musim luruh, musim buah dengan pelbagai pantang larang dan kepercayaannya. Ini membuktikan betapa pengawal pengubatan kuno ini mengetahui akan jadual bila untuk mengutip hasil tumbuhan seperti bunga Pakma dan bunga Nenas Batu yang mempunyai tempoh masa tersendiri untuk berbunga, bercambah, berbuah dan sebagainya. Namun dalam masa yang sama mengamalkan suatu sistem yang memelihara kesinambungan kewujudan pokok tersebut. Herba atau buah yang menjadi racun bagi kita namun bagi Orang Asli merupakan satu sajian istimewa dan berkhasiat. Sesuatu yang tidak berguna bagi pandangan kita orang kota seperti pokok lalang, rupa-rupanya bagi Orang Asli, akarnya yang muda apabila direbus dan diminum, mampu mengubati masalah panas badan.

Masyarakat Orang Asli pada umumnya telah menemui suatu sistem perkongsian hidup yang begitu unik antara alam dan manusia. Mereka percaya setiap satu tumbuhan baik besar mahu pun kecil, ada fungsi dan kegunaannya tersendiri. Mereka mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Malahan seorang pengkaji mengakui untuk penyakit sakit perut sahaja jumlah tumbuhan herba yang berjaya dikatalogkan telah melebihi 300 jenis. Jumlah ini pula makin bertambah apabila banyak kajian dijalankan. Bayangkanlah kemungkinan betapa banyaknya tumbuhan yang berpotensi bagi mengubati sesuatu jenis penyakit tersebut. Besar kemungkinan juga ubatan ini lebih baik dari ubatan moden yang sedia ada.

Khabarnya, Orang Asli tidak memerlukan vaksin untuk menawar bisa patukan ular. Ini adalah kerana mereka mengetahui bukan satu tetapi berpuluh cara merawatnya. Askar-askar British yang berkhidmat ketika darurat suatu masa dahulu, juga mengagumi Orang Asli yang cuma bercawat tidak berbaju atau berseluar, seakan-akan kebal terhadap ancaman malaria yang digeruni ketika itu.

Para pengkaji juga melahirkan kemusykilan berkenaan penyakit barah yang sangat jarang dilaporkan berlaku dikalangan masyarakat Orang Asli. Adakah disebabkan mereka sendiri merahsiakannya atau sememangnya mereka telah membina satu daya tahan melalui amalan pemakanan suatu herba perubatan yang diambil dari hutan. Persoalan timbul berkenaan segelintir Orang Asli yang biasa tidak berbaju, jarang mandi, tidak berkasut, dan tiada amalan kebersihan; tidakkah mereka diancam penyakit kulit seperti kurap, kayap, bisul atau setidak-tidaknya masalah cacing dan kutu? Mungkinkah mereka cepat dan mudah mencari penawar yang mujarab? Penyakit-penyakit ‘normal’ orang kota seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi, bagaikan begitu asing bagi mereka. Malahan tanpa melalui pembedahan, khabarnya, ramai penghidap penyakit seperti buasir dan resdung mampu disembuhkan dengan amalan petua yang diturunkan oleh masyarakat Orang Asli.

Tidak dapat dinafikan, kemajuan sains membuatkan kita terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan dan dadah. Contoh, menggunakan bius sewaktu dibedah… Herba tidak boleh menggantikan fungsi bius tetapi pemakanan Herba sedari awal mungkin boleh mengelakkan seseorang dari dibedah.

Dewasa ini terdapat beribu-ribu penyakit kronik di negara kita. Bahkan penyakit-penyakit seperti erti azheimer, kanser dan Aids, diakui seluruh dunia moden sebagai tiada penawar. Mungkinkah masyarakat Orang Asli yang hidup aman dikelilingi kehijauan hutan belantara dapat membantu dalam usaha menemukan kembali sinar harapan bagi pesakit-pesakit kronik ini. Rasanya telah tiba waktu dan ketikanya kita kembali menghargai dan memajukan sumber tempatan anugerah Tuhan yang maha kaya ini. Tidak mustahil menanti jauh terpelosok di sana, di dalam rimba kita wujud suatu penawar yang bukan hanya sekadar ubat pelambat kesan penyakit atau cuma sebagai penahan sakit. Inilah harapan dan doa ribuan pesakit kronik juga ahli keluarga mereka dalam pasrah menghitung hari menunggu ajal datang menjemput kembali orang yang disayangi.

Herba dan Akar Kayu sangat istimewa, telah menjadi amalan turun-temurun semenjak zaman berzaman untuk kesihatan dan kecantikan. Lihatlah kecantikkan wanita ‘Malaya’dulu-dulu yang mengamalkan jamu, makjun, ubat periuk tanak akar kayu…. Saiz 36-24-36! Wanita-wanita Malaya itu, adalah ibu dan nenek-moyang kita sendiri..

Lihat juga ‘KEKUATAN DAN KEHEBATAN’ lelaki Malaya, mengamalkan Herba sebagai rutin hidup, tak boleh ditandingi… Hebat dari segi bekerja,beramal, berkeluarga ( anak sampai berdozen, ‘mudah’ aje… )
Herba Tradisional ada dalam pelbagai bentuk, cecair, serbuk dan ada yang dikapsulkan. Cara pemprosesan adalah secara semulajadi. Biasanya herba-herba ini di keringkan, dijemur dan diracik halus. Ianya ditumbuk, dijemur semula sebagai serbuk dan kapsul. Bagi bentuk cecair, contoh Akar Kayu yang ditanak, campuran ini biasanya dimasak selama berjam-jam dan ada kalanya berhari-hari hingga dapat patinya.

Herba baik dijadikan sebagai amalan kerana ianya dapat membantu mencegah penyakit lebih awal, memberikan tenaga luaran dan dalaman, merawat kekurangan zat, meningkatkan daya tahan tubuh dan AWET MUDA.

No comments:

Post a Comment